Category Archives: Aktiviti

Majlis Ramah Tamah Aidilfitri dan Interaksi Ibubapa pada 24hb. September 2011 di PASTI Pujut

This slideshow requires JavaScript.

Sukaneka PASTI Miri 2011 pada 27hb. Julai 2011 di Luak Explanade Miri

This slideshow requires JavaScript.

Pihak Pengurusan PASTI Miri mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan semua pihak terutama ibubapa yang menjayakan program terbabit.

Majlis Graduasi PASTI Miri Ke-2

Miri, 7 Nov 2010 – Alhamdulillah sekali lagi PASTI Miri telah berjaya melangsungkan Majlis Graduasi kali kedua. Seperti tahun sebelumnya, majlis graduasi diadakan di Hotel Telang Usan Miri. Majlis bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir sekitar jam 11.30 pagi. Majlis graduasi pada tahun ini dirasmikan oleh Sadara Khairul Faizi, setiasaha Dewan Pemuda PAS Pusat yang juga mantan setiausaha PASTI Malaysia.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Lagu PASTI. Ucapan alu-aluan daripada pihak pengurusan PASTI Kawasan Miri telah disampaikan oleh Ustaz Borhanuddin (Pengerusi PASTI Kawasan). Di dalam ucapannya, beliau menekankan betapa pentingnya pendidikan awal ISLAM kepada anak-anak bagi memastikan anak-anak ini mempunyai nilai-nilai ISLAM yang kukuh. Seterusnya ucapan wakil ibubapa pelajar disampaikan oleh Hj. Imran yang antara lain menyatakan rasa terima kasih atas wujudnya PASTI di Miri dan menekankan kerjasama antara ibubapa dan pengurusan amat penting ke arah kecemerlangan PASTI.

Ucapan perasmian disampaikan oleh Saudara Khairul Faizi. Di dalam ucapan beliau, beliau menceritakan perkembangan awal PASTI dan menggambarkan pembinaan PASTI diperingkat awal dipenuhi oleh cabaran-cabaran yang akhirnya berjaya diharungi oleh PASTI sehingga diiktiraf sekarang oleh mereka yang cuba menghalang pembangunan dan perkembangan PASTI pada peringkat awalnya. Beliau turut menekankan bahawa PASTI memiliki antara sistem silibus terbaik dan memberi keyakinan kepada ibubapa bahawa sistem silibus pendidikan di PASTI akan memastikan anak-anak berkembang seimbang antara tuntutan duniawi dan ukhrawi.

This slideshow requires JavaScript.

Pada tahun ini seramai 6 orang pelajar telah bergraduasi iaitu 3 orang pelajar dari PASTI Al-Munawwarah dan 3 orang dari PASTI Al-Amalu Lillah. Sebagai insentif dan meningkatkan motivasi pelajar-pelajar, 3 orang pelajar terbaik setiap tahun dari setiap PASTI telah mendapat hadiah bagi tempat pertama, kedua dan ketiga akedemik. Turut menceriakan majlis pada hari tersebut adalah persembahan daripada anak-anak PASTI yang mempersembahkan nyanyian nasyid dan persembahan deklemasi sajak daripada pelajar 4 tahun, 5 tahun dan 6 tahun. Moga-moga PASTI akan terus berkembang sebagai memenuhi keperluan pendidikan awal ISLAM bagi anak-anak kita.

Majlis Konvokesyen PASTI kawasan Miri 2010

Pada 7 November 2010,PASTI kawasan Miri yang telah berjaya mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah & Sijil kepada pelajarnya di Hotel Telang Usan Miri.

Sambutan Aildilfitri PASTI Miri Meriah

Alhamdulillah PASTI Kawasan Miri telah berjaya mengadakan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri PASTI Miri pada 24 Syawal 1431H bersamaan 3 Oktober 2010 bertempat di PASTI Al-Amalu Lillah, Pujut 9.

Pelajar PASTI bersama ibubapa dan para tetamu jemputan mula hadir ke majlis tersebut bermula pukul 11.00 pagi. Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Pengerusi PASTI Kawasan Miri, Al-Fadhil Ustaz Borhanuddin B Daud. Di dalam ucapannya, beliau menegaskan PASTI akan terus komited untuk memastikan anak-anak PASTI cemerlang dari aspek akademik, akhlak dan penampilan mereka. Majlis diteruskan dengan ucapan oleh penasihat PASTI Kawasan Miri iaitu Eng. Khairulnizam B Yob sekali gus melancarkan Tabung Pembangunan PASTI Miri. Di dalam ucapannya, beliau meminta agar pihak PASTI dan ibubapa terus berkerjasama dalam usaha meningkatkan kredabiliti PASTI dengan sumbangan idea, teguran membina mahupun dana.

Majlis pagi tersebut diserikan lagi dengan persembahan anak-anak PASTI daripada kedua-dua PASTI di Miri iaitu PASTI Al-Munawwarah (Hiltop) dan PASTI Al-Amalu Lillah (Pujut 9). Ternyata ibubapa dan tetamu yang hadir terhibur dengan aksi-aksi anak-anak PASTI. Turut dijemput dan hadir di dalam majlis ini adalah jiran-jiran yang duduk berdekatan PASTI Al-Amalu Lillah.

Majlis diakhiri dengan jamuan dan pemberian duit raya kepada anak-anak yang hadir di dalam majlis berkenaan.

This slideshow requires JavaScript.

Hari Sukan PASTI Miri 2010

Alhamduillah, PASTI Kawasan Miri telah berjaya menganjurkan Hari Sukan PASTI dan Hari Keluarga PASTI 2010. Program berlangsung di Luak Esplanade, Miri.

Program bermula seawal 8.30 pagi, dimulakan dengan perbarisan anak-anak PASTI dari PASTI Al-Munawwarah dan PASTI Al-Amalu Lillah. Hampir keseluruhan 40 orang pelajar terlibat di dalam Hari Sukan PASTI pada tahun ini. Di dalam ucapan alu-aluan, Ustaz Borhanuddin (Pengerusi PASTI Miri) mengalu-alukan kehadiran semua ibubapa dan AJK PASTI ke program tersebut. Beliau turut memaklumkan ini merupakan hari sukan kedua selepas pertama kali diadakan pada tahun lepas.

Hari Sukan PASTI Miri 2010 dirasmikan oleh Timb. YDP PAS Kawasan Miri iaitu Encik Khairulnizam Yob. Di dalam ucapannya, beliau berharap agar kerjasama erat dapat dibentuk antara pihak PASTI dan ibubapa bagi memastikan PASTI Miri akan terus cemerlang serta menjadi pilihan utama kepada ibubapa pada masa akan datang.

Para pelajar dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu kumpulan A, kumplan B dan kumpulan C yang setiap kumpulan teridiri daripada 12 orang pelajar lelaki dan perempuan.

Antara acara yang dipertandingkan adalah futsal bagi lelaki, bola baling bagi perempuan dan acara sukaneka. Para ibubapa turut terlibat di dalam acara yang telah disediakan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Miri iaitu acara berlari dengan kelapa dan bowling kelapa. Pihak Dewan Pemuda PAS Kawasan Miri turut menyediakan BBQ ayam, daging dan ikan kepada hadirin.

Pada tahun ini, kumpulan B telah menjuarai Hari Sukan PASTI 2010 dengan kutipan mata terkumpul sebanyak 18 markah diikuti oleh kumpulan A dengan 17 markah dan kumpulan C dengan 15 markah. Diharapkan sukan PASTI pada tahun mendatang akan lebih meriah dengan jumlah pelajar yang lebih ramai. Tahniah anak-anak PASTI, tahniah AJK PASTI, tahniah ibubapa, dan tahniah tidak terhingga ustazah-ustazah PASTI.

Sukaneka & Hari Keluarga PASTI Miri

Assalamualaikum,

Semua warga PASTI di jemput untuk sama-sama memeriahkan Sukaneka & Hari Keluarga PASTI kali ke-2. Butiran program adalah seperti berikut:

  • Tarikh: 20 Sya’aban 1431H bersamaan 1 Ogos 2010
  • Lokasi: Luak Esplanade
  • Masa: Bermula 8.30 pagi

Jum sama-sama kita beribadah dalam beriadah