Majlis Graduasi PASTI Miri Ke-2

Miri, 7 Nov 2010 – Alhamdulillah sekali lagi PASTI Miri telah berjaya melangsungkan Majlis Graduasi kali kedua. Seperti tahun sebelumnya, majlis graduasi diadakan di Hotel Telang Usan Miri. Majlis bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir sekitar jam 11.30 pagi. Majlis graduasi pada tahun ini dirasmikan oleh Sadara Khairul Faizi, setiasaha Dewan Pemuda PAS Pusat yang juga mantan setiausaha PASTI Malaysia.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Lagu PASTI. Ucapan alu-aluan daripada pihak pengurusan PASTI Kawasan Miri telah disampaikan oleh Ustaz Borhanuddin (Pengerusi PASTI Kawasan). Di dalam ucapannya, beliau menekankan betapa pentingnya pendidikan awal ISLAM kepada anak-anak bagi memastikan anak-anak ini mempunyai nilai-nilai ISLAM yang kukuh. Seterusnya ucapan wakil ibubapa pelajar disampaikan oleh Hj. Imran yang antara lain menyatakan rasa terima kasih atas wujudnya PASTI di Miri dan menekankan kerjasama antara ibubapa dan pengurusan amat penting ke arah kecemerlangan PASTI.

Ucapan perasmian disampaikan oleh Saudara Khairul Faizi. Di dalam ucapan beliau, beliau menceritakan perkembangan awal PASTI dan menggambarkan pembinaan PASTI diperingkat awal dipenuhi oleh cabaran-cabaran yang akhirnya berjaya diharungi oleh PASTI sehingga diiktiraf sekarang oleh mereka yang cuba menghalang pembangunan dan perkembangan PASTI pada peringkat awalnya. Beliau turut menekankan bahawa PASTI memiliki antara sistem silibus terbaik dan memberi keyakinan kepada ibubapa bahawa sistem silibus pendidikan di PASTI akan memastikan anak-anak berkembang seimbang antara tuntutan duniawi dan ukhrawi.

This slideshow requires JavaScript.

Pada tahun ini seramai 6 orang pelajar telah bergraduasi iaitu 3 orang pelajar dari PASTI Al-Munawwarah dan 3 orang dari PASTI Al-Amalu Lillah. Sebagai insentif dan meningkatkan motivasi pelajar-pelajar, 3 orang pelajar terbaik setiap tahun dari setiap PASTI telah mendapat hadiah bagi tempat pertama, kedua dan ketiga akedemik. Turut menceriakan majlis pada hari tersebut adalah persembahan daripada anak-anak PASTI yang mempersembahkan nyanyian nasyid dan persembahan deklemasi sajak daripada pelajar 4 tahun, 5 tahun dan 6 tahun. Moga-moga PASTI akan terus berkembang sebagai memenuhi keperluan pendidikan awal ISLAM bagi anak-anak kita.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s