Monthly Archives: January 2010

Sekitar Minggu Pertama Persekolah

Alhamdulillah PASTI Kawasan Miri telah beroperasi di dua cawangan iaiut PASTI Al-Munawwarah Hiltop Garden dan PASTI Al- Amalu Lillah Pujut 9. Bilangan pelajar di kedua-dua PASTI juga amat memberangsangkan iaitu 25 orang di PASTI Al-Munawwarah dan 16 orang di PASTI Al-Amalu Lillah.

Bagi menjaga kualiti pengajaran dan pembelajaran anak-anak PASTI, pihak pengurusan PASTI Kawasan Miri menetapkan hanya untuk menerima 25 orang pelajar untuk setiap PASTI bagi tahun ini. InsyaALLAH pihak pengurusan akan merancang dan melihat strategi-strategi yang terbaik untuk tahun-tahun akan datang bagi menampung pelajar yang lebih ramai.

Sekitar minggu pertama PASTI Miri 🙂

Tahun Baru PASTI Melangkah Maju – PASTI Kedua di Miri, PASTI AL-AMALU LILLAH

Miri, 29/12/2009 – Alhamdulillah segala puji bagi Allah, dengan rahmatNYA Pasti Al-Amalu Lillah berjaya ditubuhkan dengan rasminya pada 29hb Disember 2009 yang lalu. Majlis Perasmiannya telah berjaya disempurnakan oleh YDP PAS kawasan Miri, En. Jofri. Turut hadir bersama dalam majlis tersebut ahli-ahli jawatankuasa PAS Kawasan Miri dan PASTI kawasan Miri. Moga dengan terbukanya PASTi ini menjadi pemangkin kepada pembukaan PASTI seterusnya insyaALLAH.

Pengerusi PASTI Kawasan Miri, Sdr Arif menyerahkan borang pelajar baru

kepada YDP Kawasan, En. Jofri sebagai simbolik perasmian.

Alhamdulillah juga, berkat dari semangat ‘Amal Kerana ALLAH’ yang turut disemadikan pada nama PASTI kali ini, PASTI Al-Amalu Lillah insyaALLAH akan menerima murid-murid barunya yang dijangkakan seramai 15 orang. Kepada masyarakat di sekitar Pujut, Permyjaya, Lutong, dan Senadin dialu-alukan untuk menghantar anak-anak mereka yang berumur dari 4 tahun hingga 6 tahun. Hanya 25 orang murid sahaja akan diterima masuk.

Kursus Guru PASTI Kawasan Miri

Miri, 24/12/2009 – Alhamdulillah Pihak Jawatankuasa Pasti Kawasan Miri dengan kerjasama Jawatankuasa Pasti Negeri Sarawak telah berjaya mengadakan satu Kursus Guru Pasti bagi guru-guru Pasti Miri yang lama dan baru. Kursus dua hari satu malam bertempat di PASTI Al-Munawwarah, yang bermula dari pagi 24hb Disember 2009 sehingga petang 25hb Disember 2009 ini, telah dikendalikan sepenuhnya oleh Saudara Abang Eddy bersama isterinya Cikgu Jun.

Cikgu Jun (tengah) sedang menerangkan sesuatu kepada guru-guru.

Tujuan kursus dalaman ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan kepada guru-guru baru  dan peringatan kepada yang lama mengenai misi dan visi PASTI itu sendiri. Selain itu, ia juga sebagai persiapan kepada guru-guru dalam mengasah kemahiran dalam Pengajaran & Pembelajaran (P&P) mereka. Malah ia juga menjadi medan untuk mengikat ukhwah fillah dikalangan guru dengan Jawatankuasa Pengurusan Pasti Kawasan Miri.