Monthly Archives: October 2009

Majlis Ramah Mesra PASTI Miri

Miri, 10 Okt 2009 – PASTI Kawasan Miri telah berjaya mengadakan Program Ramah Mesra bersempena kedatangan Aidilfitri pada tahun 1430H. Sambutan tahun ini diadakan di PASTI Al-Munawwarah Hiltop Garden.

Program bermula pada pukul 10 pagi dan berakhir pada pukul 2 petang. Alhamdulillah program berjalan lancar dan meriah. Turut memeriahkan sambutan Aidilfitri PASTI Miri pada tahun ini ialah ahli jemaah pengurusan PASTI Miri, anak-anak PASTI bersama ahli keluarga, ahli-ahli PAS Kawasan Miri dan jiran-jiran tetangga di Hiltop Garden.

Antara juadah yang menyerikan majlis pada pagi tersebut ialah nasi goreng tomato, satay, rojak buah, kuih-muih terutama kek-kek lapis Sarawak dan juga biskut-biskut raya. Turut menjadi agenda di dalam majlis tersebut ialah pemberian duit raya kepada anak-anak yang sama-sama hadir di dalam majlis tersebut. Moga-moga ikatan silaturrahim di antara pengurusan PASTI dan mereka yang terlibat akan terus utuh serta diredhai ALLAH S.W.T.

Suasana Program Ramah Mesra Aidilfitri PASTI Miri:

DSC00176

DSC00181

DSC00192

DSC00195

DSC00198

DSC00205


Ramah Mesra Aidilfitri PASTI Miri

Banner Raya PASTI_Editted

Assalamualaikum W.H.T.

InsyaALLAH PASTI Miri akan mengadakan Ramah Mesra Aidilfitri bagi tahun 1430H pada tahun ini. Makluman program adalah seperti berikut:

  • Tarikh: 10hb Oktober 2009
  • Masa: Mulai jam 10 am sehingga 2 pm
  • Lokasi: PASTI Al-Munawwarah, Hiltop Garden

Semua adalah dijemput untuk hadir.