Monthly Archives: July 2009

Kecemerlangan pelajar PASTI, generasi berkualiti berdaya saing

PASTI-1-300x225KUALA LUMPUR, 23 Julai – Pelajar Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) membuktikan kecemerlangan akedemik mereka dalam Program Gerakan Membaca bagi Daerah Gombak yang sedang berlangsung. Kecemerlangan pencapaian pelajar PASTI itu diharap dapat membuka mata masyarakat tentang kualiti pelajar-pelajar PASTI yang selama ini jarang didedahkan, ujar Timbalan Pengerusi PASTI Gombak, Azizul Abu Bakar. Dalam acara yang di anjurkan Perpustakaan Daerah Gombak itu, pelajar PASTI berjaya menggondol kemenangan dalam semua acara CEPAT MEMBACA RUMI, sekaligus menewaskan peserta-peserta daripada tadika-tadika lain di daerah Gombak.

“Kelancaran mereka membaca hasil kesungguhan dan Itiqamah guru-guru PASTI dalam mendidik anak-anak. InsyaAllah Pasti boleh memberikan persembahan yang terbaik kepada masyarakat,” katanya. Menurut beliau juga, kesemua pelajar PASTI yang mengambil bahagian di dalam acara tersebut, berjaya membaca teks yang diberikan oleh pengadil dengan lancar dan tidak teragak-agak jika dibandingkan dengan peserta-peserta lain.

Difahamkan, Tadika Kemas yang menjadi pusat asuhan BN-Umno tidak lansung menghantar wakil ke pertandingan tersebut. Beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Gombak mewakili Pemuda PAS Gombak mengucapkan tahniah kepada para pelajar PASTI yang telah menggondol ketiga-tiga hadiah utama pertandingan tersebut. “Juga tidak ketinggalan kepada para guru-guru PASTI yang selama ini tidak kenal erti putus asa untuk mendidik dan membimbing anak-anak PASTI sehingga ke peringkat ini,” tambahnya.

Justeru itu, beliau berharap kecemerlangan pelajar PASTI ini mampu membuktikan kepada masyarakat bahawasanya PASTI mampu melahirkan generasi yang berkualiti dan berdaya saing dalam menghadapi masa hadapan yang penuh dengan pancaroba.

Pengambilan Pelajar Baru

banner_iklan2

poster_2

Sukaneka PASTI Miri Meriah

gambar_finalEvent: Bekenu, 5hb Julai 2009 – Alhamdulillah PASTI Miri telah berjaya menganjurkan Sukaneka Tahunan PASTI kali Pertama. Sukaneka PASTI ini diadakan sebagai alternatif kepada Hari Sukan PASTI yang belum dapat diadakan tahun ini. Sukaneka Tahunan PASTI kali pertama ini telah diadakana di Pantai Bungai, Bekenu.

Objektif utama penganjuran sukaneka seumpama ini adalah bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar PASTI, ibubapa dan pengurusan PASTI Miri. Di samping itu penganjuran sukaneka ini juga bertujuan untuk menambahkan minat anak-anak untuk terus menuntut ilmu di PASTI dan merangsang minda kritis serta kreatif anak-anak PASTI.

Hampir semua iaitu seramai 12 orang daripada 15 orang pelajar PASTI Al-Munwwarah Miri telah mengambil bahagian di dalam sukaneka ini. Turut mengambil bahagian di dalam sukaneka ini ialah ibubapa pelajar PASTI Al-Munawwarah Miri.

zaidin“Akh Dzaidin mengetuai senaman ringan”

Sukaneka dimulakan dengan nyanyian lagu PASTI yang turut dibimbing oleh guru PASTI sendiri. Sedikit senaman ringan turut dilakuakan yang diketuai oleh Akh Dzaidin merangkap bendehari PASTI Miri. Sukaneka ini terbahagi kepada dua kategori utama iaitu kategori pelajar PASTI dan kategori keluarga.

campak belon 1

“Antara acara yang diadakan”

Bagi kategori pelajar PASTI tiga kumpulan telah mengambil bahagian yang terdiri daripada 4 orang pelajar setiap kumpulan dan telah dimenangi oleh kumpulan 2. Sementara untuk kategori keluarga pula dimenangi oleh keluarga En. Adhan iaitu keluarga kepada adik Razig.

hadiah jaz“Penyampaiana hadiah oleh Pengerusi PASTI Miri”

Selepas selesai akiviti sukaneka, semua hadirin yang terlibat telah menjamu selera. Menu yang menjadi pilihan ialah ikan panggang, ayam panggang, gulai sayur dan ulam. Bacaan doa makan pula telah diketuai oleh salah seorang pelajar PASTI Al-Munawwarah.

raziq_doa

“Bacaan doa makan oleh pelajar PASTI”

Penganjuran sukaneka telah mencapai objektif yang telah disasarkan di samping sebagai salah satu cara untuk mempromosikan PASTI kepada masyarakat umum. Moga-moga usaha kita diberkati oleh ALLAH S.W.T.