Monthly Archives: May 2009

Hari Terbuka PASTI Al-Munawwarah

tetamu 1Event: Miri, 11hb April 2009 – Alhamdulillah PASTI Al-Munawwarah, Miri telah berjaya mengadakan program “Rumah Terbuka PASTI” yang pertama. Program yang julun-julung kali diadakan ini bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim di antara PASTI dan jiran-jiran PASTI disamping meningkatkan hubungan yang baik di antara AJK PASTI bersama dengan ibubapa PASTI.

Program bermula pada pukul 3 petang dan berakhir pada pukul 5 petang. Kehadiran tetamu amat memberangsangkan. Ramai sahabat-sahabat serta ibubapa PASTI yang hadir. Walaupun hanya 5 orang jiran yang hadir tetapi ini menunjukkan ada ruang dan peluang untuk kita terus meningkatkan usaha dakwah kita lebih jauh melangkaui batasan bangsa dan agama.

arif n cina

Program yang diadakan ini juga menjadi satu menefestasi kepada peranan PAS sebagai sebuah Harakah Islamiyyah/Organisasi Dakwah dan bukan semata-mata berorientasikan siasah/politik semata-mata.

InsyaALLAH pihak pengurusan PASTI Al-Munawwarah akan terus memainkan peranan kami sebagai ejen dakwah di dalam masyarakat selain peranan utama kami bagi melahirkan generasi Malaysia yang hebat untuk masa hadapan Malaysia yang lebih sempurna.

Selamat Datang

IMG_0178

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillah, syukur kehadarat ALLAH S.W.T. telah memberi kekuatan kepada kami untuk menubuhkan Pusat Asuhan Tunas Islam(PASTI) yang pertama di Miri yang dinamakan PASTI Al-Munawwarah yang terletak di Hiltop Garden Miri.

InsyaALLAH akan ada perkembangan lebih baik untuk tahun 2010 akan datang. Segala makluman akan dimaklumkan melalui blog page ini.

Syukran, salam perjuangan.

“Di atas robohan kota melaka
Akan kubina jiwa merdeka”