Lawatan PASTI ke PUSTAKA Miri

Pada 25 Mei 2010,pihak pengurusan PASTI Miri telah menganjurkan satu lawatan ke PUSTAKA Miri Sarawak.Dengan ditemani bersama guru-guru PASTI,aktiviti lawatan tersebut berjalan dengan lancar dan para pelajar tidak ketinggalan mendapat sedikit manfaat serta ilmu yang berguna.

Pelajar-pelajar PASTI begitu bersemangat untuk lawatan tersebut

Bersemangat betul mereka bila disuruh menyanyi

Pihak PUSTAKA Miri menganjurkan satu aktiviti bersama pelajar

” Cikgu,bunga kami dah siap!cantik tak.? “

Bergambar kenangan di hadapan pintu utama PUSTAKA Miri

Terima Kasih diatas kerjasama pihak PUSTAKA Miri yang telah bertungkus lumus memberi perkhidmatan serta layanan yang baik untuk pelajar-pelajar PASTI Miri.



July 24, 2010 at 6:01 pm Leave a comment

Guru Pusat Asuhan Tunas Islam Diperlukan

Peluang pekerjaan bagi mereka yang berminat dengan pendidikan pra-sekolah dan
bersemangat tinggi bagi mendidik anak bangsa.

Kelayakan yang diperlukan:
1. Minimum akademik SPM
2. Berkebolehan bertutur dan menulis di dalam Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris
3. Kelebihan bagi mereka yang menguasai Bahasa Arab dan tulisan jawi
4. PENTING sekali minat mendidik kanak-kanak

Tiada pengalaman kerja diperlukan.

Bagi yang berminat boleh menghubungi:
1. En. Arif (013-8377505)
2. En. Borhan (019-8848154)
3. Pn. Zaima (019-5776559)

May 24, 2010 at 11:15 am 3 comments

Pendaftaran Pelajar 2011 Kini Dibuka

Assalamualaikum W.H.T.

Pengambilan pelajar PASTI Miri telah dibuka bagi tahun 2011. Pengambilan terbuka bagi pelajar berumur 4 tahun (lahir 2007), 5 tahun (lahir 2006) dan 6 tahun (lahir 2005). Tempat adalah terhad kepada 15 orang bagi setiap kelas.

Borang-borang boleh diperolehi di PASTI Al-Munawwarah (Hiltop Garden) & PASTI Al-Amalu Lillah (Pujut 9).

Sebarang pertanyaan boleh rujuk kepada pengurusan PASTI Miri:

1. En. Arif (013-8377505)
2. En. Borhan (019-8848154)
3. Pn. Zaima (019-5776559)

April 13, 2010 at 1:08 pm 1 comment

Sekitar Minggu Pertama Persekolah

Alhamdulillah PASTI Kawasan Miri telah beroperasi di dua cawangan iaiut PASTI Al-Munawwarah Hiltop Garden dan PASTI Al- Amalu Lillah Pujut 9. Bilangan pelajar di kedua-dua PASTI juga amat memberangsangkan iaitu 25 orang di PASTI Al-Munawwarah dan 16 orang di PASTI Al-Amalu Lillah.

Bagi menjaga kualiti pengajaran dan pembelajaran anak-anak PASTI, pihak pengurusan PASTI Kawasan Miri menetapkan hanya untuk menerima 25 orang pelajar untuk setiap PASTI bagi tahun ini. InsyaALLAH pihak pengurusan akan merancang dan melihat strategi-strategi yang terbaik untuk tahun-tahun akan datang bagi menampung pelajar yang lebih ramai.

Sekitar minggu pertama PASTI Miri :)

January 13, 2010 at 11:40 am 4 comments

January 5, 2010 at 6:26 am Leave a comment

Tahun Baru PASTI Melangkah Maju – PASTI Kedua di Miri, PASTI AL-AMALU LILLAH

Miri, 29/12/2009 – Alhamdulillah segala puji bagi Allah, dengan rahmatNYA Pasti Al-Amalu Lillah berjaya ditubuhkan dengan rasminya pada 29hb Disember 2009 yang lalu. Majlis Perasmiannya telah berjaya disempurnakan oleh YDP PAS kawasan Miri, En. Jofri. Turut hadir bersama dalam majlis tersebut ahli-ahli jawatankuasa PAS Kawasan Miri dan PASTI kawasan Miri. Moga dengan terbukanya PASTi ini menjadi pemangkin kepada pembukaan PASTI seterusnya insyaALLAH.

Pengerusi PASTI Kawasan Miri, Sdr Arif menyerahkan borang pelajar baru

kepada YDP Kawasan, En. Jofri sebagai simbolik perasmian.

Alhamdulillah juga, berkat dari semangat ‘Amal Kerana ALLAH’ yang turut disemadikan pada nama PASTI kali ini, PASTI Al-Amalu Lillah insyaALLAH akan menerima murid-murid barunya yang dijangkakan seramai 15 orang. Kepada masyarakat di sekitar Pujut, Permyjaya, Lutong, dan Senadin dialu-alukan untuk menghantar anak-anak mereka yang berumur dari 4 tahun hingga 6 tahun. Hanya 25 orang murid sahaja akan diterima masuk.

January 5, 2010 at 6:11 am Leave a comment

Kursus Guru PASTI Kawasan Miri

Miri, 24/12/2009 – Alhamdulillah Pihak Jawatankuasa Pasti Kawasan Miri dengan kerjasama Jawatankuasa Pasti Negeri Sarawak telah berjaya mengadakan satu Kursus Guru Pasti bagi guru-guru Pasti Miri yang lama dan baru. Kursus dua hari satu malam bertempat di PASTI Al-Munawwarah, yang bermula dari pagi 24hb Disember 2009 sehingga petang 25hb Disember 2009 ini, telah dikendalikan sepenuhnya oleh Saudara Abang Eddy bersama isterinya Cikgu Jun.

Cikgu Jun (tengah) sedang menerangkan sesuatu kepada guru-guru.

Tujuan kursus dalaman ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan kepada guru-guru baru  dan peringatan kepada yang lama mengenai misi dan visi PASTI itu sendiri. Selain itu, ia juga sebagai persiapan kepada guru-guru dalam mengasah kemahiran dalam Pengajaran & Pembelajaran (P&P) mereka. Malah ia juga menjadi medan untuk mengikat ukhwah fillah dikalangan guru dengan Jawatankuasa Pengurusan Pasti Kawasan Miri.

 

January 5, 2010 at 4:24 am Leave a comment

Majlis Graduasi PASTI Kawasan Miri

Miri, 08/11/2009 – PASTI Kawasan Miri buat julung-julung kalinya telah mengadakan Majlis Graduasi PASTI Miri yang pertama. Majlis telah diadakan di Hotel Telang Usan, Miri pada hari Ahad 8hb November 2009. Pada tahun ini, Majlis Graduasi PASTI Kawasan Miri hanya meraikan pelajar-pelajar PASTI di PASTI Al-Munawwarah.

Majlis ini berlangsung meriah dengan persembahan-persembahan menarik daripada pelajar-pelajar hebat PASTI Al-Munwwarah. Anatara persemabahan yang disampaikan oleh para pelajar ialah bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Adik Nur Bahirah Ulya’ Bt Khairulnizam yang telah membacakan ayat-ayat dari Surah Al-Baqarah. Turut memeriahkan majlis ialah persembahan nasyid oleh para pelajar PASTI Al-Munawwwarah yang telah menyampaikan dua buah lagu nasyid.

Terlebih dahulu para hadirin telah disajikan dengan pertunjukan montaj yang telah disediakan oleh penganjur. Majlis telah dirasmikan oleh Saudara Aizan B M Noor yang merupakan Timbalan Pengerusi PASTI Negeri Sarawak yang mewakili Saudara Abg Addy Alyaini Pengerusi PASTI Negeri Sarawak yang tidak dapat hadir bagi merasmikan Majlis Graduasi ini. Di dalam ucapannya Saudara Aizan memberikan penghargaan yang tidak terhingga kepada para pendidik PASTI yang sanggup berkorban demi memastikan anak-anak PASTI terdidik dengan sebaiknya. Terdahulu Pengerusi PASTI Kawasan Miri, Saudara M Arifiriazul B Paijo telah menyampaikan ucapan alu-aluan. Di dalam ucpannya, beliau menyatakan PASTI Kawasan Miri akan terus maju kehadapan dengan mengutamakan kualiti pemblejaran anak-anak dan akan mengembangkan PASTI di Miri pada tahun 2010 dengan pembukaan PASTI yang kedua di kawasan Pujut 9.

Di dalam majlis ini, dua pelajar telah menerima sijil graduasi sebagai tanda telah tamat pengajian di PASTI iaitu Adik Fatin Bt Shamsulnizam dan Adik Wildan B Muzaha. Turut disampaikan di dalam majlis ini ialah hadiah-hadiah kepada pelajar-pelajar cemerlang setiap tahap dan pelajar-pelajar yang mendapat pencapaian terbaik bagi setiap matapelajaran. Majlis berakhir dengan jamuan yang telah disediakan oleh pihak hotel.

November 25, 2009 at 12:36 am Leave a comment

Majlis Ramah Mesra PASTI Miri

Miri, 10 Okt 2009 – PASTI Kawasan Miri telah berjaya mengadakan Program Ramah Mesra bersempena kedatangan Aidilfitri pada tahun 1430H. Sambutan tahun ini diadakan di PASTI Al-Munawwarah Hiltop Garden.

Program bermula pada pukul 10 pagi dan berakhir pada pukul 2 petang. Alhamdulillah program berjalan lancar dan meriah. Turut memeriahkan sambutan Aidilfitri PASTI Miri pada tahun ini ialah ahli jemaah pengurusan PASTI Miri, anak-anak PASTI bersama ahli keluarga, ahli-ahli PAS Kawasan Miri dan jiran-jiran tetangga di Hiltop Garden.

Antara juadah yang menyerikan majlis pada pagi tersebut ialah nasi goreng tomato, satay, rojak buah, kuih-muih terutama kek-kek lapis Sarawak dan juga biskut-biskut raya. Turut menjadi agenda di dalam majlis tersebut ialah pemberian duit raya kepada anak-anak yang sama-sama hadir di dalam majlis tersebut. Moga-moga ikatan silaturrahim di antara pengurusan PASTI dan mereka yang terlibat akan terus utuh serta diredhai ALLAH S.W.T.

Suasana Program Ramah Mesra Aidilfitri PASTI Miri:

DSC00176

DSC00181

DSC00192

DSC00195

DSC00198

DSC00205


October 19, 2009 at 12:44 am Leave a comment

Ramah Mesra Aidilfitri PASTI Miri

Banner Raya PASTI_Editted

Assalamualaikum W.H.T.

InsyaALLAH PASTI Miri akan mengadakan Ramah Mesra Aidilfitri bagi tahun 1430H pada tahun ini. Makluman program adalah seperti berikut:

  • Tarikh: 10hb Oktober 2009
  • Masa: Mulai jam 10 am sehingga 2 pm
  • Lokasi: PASTI Al-Munawwarah, Hiltop Garden

Semua adalah dijemput untuk hadir.

October 8, 2009 at 6:28 am Leave a comment

Older Posts Newer Posts


Demi Masa

Kiraan Pengunjung

Sembang-sembang PASTI

http://www.shoutbox.tv/xml/pastimyy-rowmn.xml

Jom Undi


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.