Kalendar Hijrah
Kiriman PASTI
- June 2012 (1)
- October 2011 (4)
- January 2011 (1)
- November 2010 (1)
- October 2010 (1)
- August 2010 (2)
- July 2010 (2)
- May 2010 (1)
- April 2010 (1)
- January 2010 (4)
- November 2009 (1)
- October 2009 (2)
- September 2009 (1)
- July 2009 (3)
- June 2009 (1)
- May 2009 (2)
-
Artikel Terkini
Komen Terkini
suhaidah / azhar on Pendaftaran Kemasukan 2012 dib… Zulkefli Muhammad on Majlis Ramah Tamah Aidilfitri… pastimyy on Sekitar Minggu Pertama Pe… zul on Sekitar Minggu Pertama Pe… pastimyy on Guru Pusat Asuhan Tunas Islam… PASTI
Warkah Berita
Blog Stats
- 7,737 hits
Majlis Ramah Tamah Aidilfitri dan Interaksi Ibubapa pada 24hb. September 2011 di PASTI Pujut
Posted in Aktiviti
Pendaftaran Kemasukan 2012 dibuka sekarang
Pihak Pengurusan PASTI Miri mengucapkan jutaan terima kasih di atas sambutan yang telah diberikan oleh pihak ibubapa di Miri.
Sejak ditubuhkan empat tahun lepas, pihak pengurusan PASTI Miri membuka lebaran baru untuk tahun 2012 dengan pembukaan cawangan PASTI ke – 3 di Miri iaitu PASTI PAISAU.
Sehubungan dengan itu, Pihak Pengurusan PASTI kini membuka pendaftaran untuk kemasukan tahun 2012. Berikut adalah lokasi PASTI MIRI sekarang ;-
1. PASTI Pujut
2. PASTI Hiltop
3. PASTI Piasau
Pihak ibubapa dialu – alukan untuk hadir ke semua cawangan PASTI jika terdapat sebarang pertanyaan.
SELAMAT DATANG ke PASTI MIRI!
Posted in Makluman
Sukaneka PASTI Miri 2011 pada 27hb. Julai 2011 di Luak Explanade Miri
Pihak Pengurusan PASTI Miri mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan semua pihak terutama ibubapa yang menjayakan program terbabit.
Posted in Aktiviti
Majlis Graduasi PASTI Miri Ke-2
Miri, 7 Nov 2010 – Alhamdulillah sekali lagi PASTI Miri telah berjaya melangsungkan Majlis Graduasi kali kedua. Seperti tahun sebelumnya, majlis graduasi diadakan di Hotel Telang Usan Miri. Majlis bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir sekitar jam 11.30 pagi. Majlis graduasi pada tahun ini dirasmikan oleh Sadara Khairul Faizi, setiasaha Dewan Pemuda PAS Pusat yang juga mantan setiausaha PASTI Malaysia.
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Lagu PASTI. Ucapan alu-aluan daripada pihak pengurusan PASTI Kawasan Miri telah disampaikan oleh Ustaz Borhanuddin (Pengerusi PASTI Kawasan). Di dalam ucapannya, beliau menekankan betapa pentingnya pendidikan awal ISLAM kepada anak-anak bagi memastikan anak-anak ini mempunyai nilai-nilai ISLAM yang kukuh. Seterusnya ucapan wakil ibubapa pelajar disampaikan oleh Hj. Imran yang antara lain menyatakan rasa terima kasih atas wujudnya PASTI di Miri dan menekankan kerjasama antara ibubapa dan pengurusan amat penting ke arah kecemerlangan PASTI.
Ucapan perasmian disampaikan oleh Saudara Khairul Faizi. Di dalam ucapan beliau, beliau menceritakan perkembangan awal PASTI dan menggambarkan pembinaan PASTI diperingkat awal dipenuhi oleh cabaran-cabaran yang akhirnya berjaya diharungi oleh PASTI sehingga diiktiraf sekarang oleh mereka yang cuba menghalang pembangunan dan perkembangan PASTI pada peringkat awalnya. Beliau turut menekankan bahawa PASTI memiliki antara sistem silibus terbaik dan memberi keyakinan kepada ibubapa bahawa sistem silibus pendidikan di PASTI akan memastikan anak-anak berkembang seimbang antara tuntutan duniawi dan ukhrawi.
Pada tahun ini seramai 6 orang pelajar telah bergraduasi iaitu 3 orang pelajar dari PASTI Al-Munawwarah dan 3 orang dari PASTI Al-Amalu Lillah. Sebagai insentif dan meningkatkan motivasi pelajar-pelajar, 3 orang pelajar terbaik setiap tahun dari setiap PASTI telah mendapat hadiah bagi tempat pertama, kedua dan ketiga akedemik. Turut menceriakan majlis pada hari tersebut adalah persembahan daripada anak-anak PASTI yang mempersembahkan nyanyian nasyid dan persembahan deklemasi sajak daripada pelajar 4 tahun, 5 tahun dan 6 tahun. Moga-moga PASTI akan terus berkembang sebagai memenuhi keperluan pendidikan awal ISLAM bagi anak-anak kita.
Posted in Aktiviti
Majlis Konvokesyen PASTI kawasan Miri 2010
Pada 7 November 2010,PASTI kawasan Miri yang telah berjaya mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah & Sijil kepada pelajarnya di Hotel Telang Usan Miri.
Posted in Aktiviti
